Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada May 26, 2023
RM1,245 / 12.45 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
72 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak maahad memohon sumbangan kepada anda semua untuk bantuan pembinaan tapak tangki air bagi memuatkan 8 buah tangki air di maahad untuk 75 orang para pedamping Al-Quran di sini. Gangguan air yang kerap membelenggu di kawasan Pekan Ayer Hitam dan juga masalah tekanan air yang rendah memerlukan pihak maahad menyediakan beberapa tangki air di maahad agar bekalan air mencukupi untuk kegunaan harian para pelajar di sini.
Tangki air merupakan fasiliti penting di sekolah, kawasan perumahan bagi memudahkan penyimpanan air bersih tidak lupa juga di kawasan maahad. Tambahan pula, pengajian seharian para pelajar tahfiz adalah untuk belajar menghafaz Al-Quran dan mereka memerlukan air yang bersih untuk sentiasa berada dalam keadaan berwuduk. Ketiadaan tangki air ini akan menyukarkan kepada para pelajar dan guru-guru untuk melakukan aktiviti pengajian mereka. Oleh itu, kehadiran tangki air amat perlu bagi memastikan bekalan air bersih sentiasa mencukupi.
Pembinaan tapak tangki air yang tinggi memainkan peranan penting bagi memastikan pengaliran air berada pada tekanan yang normal dan untuk mengelakkan masalah tekanan air yang rendah di kawasan maahad. Pihak maahad berharap dengan pembinaan tapak tangki air dan bilangan tangki air yang banyak itu kelak dapat membantu menyimpan air untuk menampung puluhan pelajar tahfiz di sini sekiranya berlakunya masalah gangguan air. Sumbangan kalian walaupun serendah RM10 amat bermakna buat anak-anak tahfiz bagi agar mereka dapat menikmati akses bekalan air bersih untuk belajar Al-Quran dan mendalami ilmu agama.
Akhir kata, pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang berbesar hati saling membantu atas jalan kebaikan dan ketaqwaan untuk pembinaan tapak tangki air di maahad kami. Semoga apa yang kalian sumbangkan menjadi saham yang berkekalan hingga ke akhirat kelak.
“Apabila manusia meninggal dunia, maka terputuslah semua amalnya kecuali tiga (macam), iaitu: sedekah jariyah (yang mengalir terus), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
JOM bantu anak syurga ini untuk menuntut ilmu dengan menyediakn bekalan air yang mencukupi dengan menghadiahkan mereka sebuah tangki air yang besar yang mampu menampung keperluan bersuci dan beribadah mereka insyaallah
Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah syukur kepada Allah swt pihak maahad telah membina tapak tangki di bawah sementara kerana masih lagi memerlukan dana untuk membina startur tapak tangki yang masih belum mencukupi oleh itu pihak maahad masih meneruskan lagi kempen untuk membina tapak tangki diatas supaya tekanan air akan menjadi kuat tanpa bergantung kepada mesin air yang menyebabkan penggunaan elektrik yang meningkat bagi menampung kegunaan 60 orang pelajar tahfiz asnaf dan yatim yang menuntut disini
Alhamdulillah pihak maahad telah menambah dan membina tapak tangki dibawah dahulu sebanyak 4 biji tangki sementara mengumpul dana untuk membina tapak tangki diatas yang memerlukan perbelanjaan yang besar bagi tujuan berikut .oleh itu pihak maahad berharap muslimin muslimat dapat sama-sama membantu anak-anak syurga ini menggunakan bekalan air yang mencukupi kerana pihak tahfiz disini kerap berlaku gangguan bekalan air terutama di kedah dikawasan kampung yang menghadapi tekanan air rendah .oleh itu pihak maahad berharap dapat menyediakan tangki yang lebih besar dan membina tapak tangki yang tinggi bagi menyelesai masalah bekalan air yang tidak mencukupi bagi kegunaan anak-anak tahfiz kami disini insyaallah.
Jom#BuatBaik
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
May 27, 2023
MOHAMMAD SHAFIQ
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 27, 2023