MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 21, 2024

SEDEKAH DAGING KORBAN UNTUK PELAJAR ASNAF DAN YATIM

RM130 / 2.60 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARI GEMBIRAKAN ANAK-ANAK TAHFIZ ASNAF DAN YATIM DI MAAHAD KAMI DENGAN MEMBERIKAN SUMBANGAN DAGING KORBAN SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA NANTI.


Menghampiri pertengahan Zulkaedah bermakna yang bakal menjelma tidak lama lagi semestinya Aidiladha. Hari raya yang penuh dengan keberkatan dan pengorbanan. Di kesempatan yang mulia ini, kami daripada pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama meraih keberkatan Aidiladha dengan menyumbang bagi memberi daging korban pelajar tahfiz asnaf dan yatim di maahad kami.



Aidiladha bukan hanya tentang penyembelihan haiwan korban, tetapi juga tentang pengorbanan dan ketaatan kita kepada Allah SWT. Dengan menyumbang sedikit sebanyak dana untuk membeli lembu korban, kita dapat membantu para pelajar tahfiz di maahad kami merasai nikmat dan keberkatan perayaan ini. Rasulullah SAW bersabda:


"Tidak ada amal anak Adam pada hari Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain dari menyembelih haiwan korban." (HR. Tirmidzi)



Sehubungan itu, kami memohon ihsan dan kerjasama daripada seluruh umat Islam untuk melibatkan diri dalam program korban ini. Sumbangan anda akan digunakan untuk membeli lembu yang akan disembelih dan dagingnya akan dinikmati bersama oleh para pelajar tahfiz serta masyarakat sekitar yang memerlukan. Semoga setiap sen yang anda sumbangkan menjadi pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT.



Akhir kata, mari bersama-sama gembirakan hati anak-anak tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan infaq daging korban.Segala bentuk sumbangan adalah amat dihargai dan kami mendoakan agar Allah membalas kebaikan anda dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.Jazakumullah khairan katsira atas perhatian dan sumbangan anda. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT pada Aidiladha tahun ini.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 24, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 22, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

May 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat