Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor
Dimulakan pada Sep 07, 2023
RM250 / 8.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
16 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Perubahan iklim ekonomi dan sosial dunia telah meninggalkan impak yang besar ke atas struktur sosio ekonomi manusia sejagat. Kehadiran pandemik Covid 19, penguncupan ekonomi dunia, kenaikan harga barangan dan lain-lain isu telah menyebabkan perubahan dalam sosial masyarakat.
Tidak terkecuali penerima kesan iaitu rakyat Malaysia. Apatah lagi golongan B40 yang sememangnya terkesan kepada perubahan ini. Kerajaan sendiri ada kalanya tidak berupaya untuk membantu rakyat yang memerlukan bantuan dengan kadar segera. Justeru itu, Pertubuhan Komuniti Ihsan Negeri Johor mengambil inisiatif untuk berkhidmat memenuhi keperluan tersebut.
Ada kalanya pesakit, warga emas mahupun golongan OKU memerlukan peralatan-peralatan seperti katil, kerusi roda, tongkat dan sebagainya. Permohonan telah dibuat kepada pihak kerajaan, tetapi kadang kala prosesnya agak lambat. Kerana itu, pihak Komuniti Ihsan memikirkan bahawa dengan adanya peralatan-peralatan ini sedia ada maka mudah untuk menyalurkan bantuan dengan seberapa segera. InsyaAllah dengan bantuan ini maka pahala yang mengalir seumpama air sungai yang mengalir. Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya: “Tidak akan berkurang harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kemuliaan baginya.”
(Riwayat Muslim)
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Sep 12, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 10, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 10, 2023
GAIYETHRE87
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 09, 2023
RODZIAH ASERI FAIZ AZLAN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 09, 2023