Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM870 / 8.70 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
60 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui program sedekah makanan kali ini akan menyalurkan bantuan makanan asas dan makanan kering kepada keluarga miskin dan susah dan nasi bungkus kepada golongan gelandangan di sekitar bandar Kuala Lumpur dan bandar Klang. Bagi gelandangan ini, menerima sebungkus nasi sudah cukup menjadi nikmat buat mereka. Mereka ini diibaratkan ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sumbangan ini untuk menyantuni gelandangan dengan menyediakan pek makanan iaitu nasi bungkus berlauk dan kuih muih serta sedikit bantuan duit raya untuk mereka. Sasaran golongan gelandangan yang akan menerima sumbangan ini ialah 80–100 orang yang berada di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani)
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jan 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2023
SITI NURSHAKINAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 15, 2023