MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 05, 2024

HULURKANLAH INFAQ BERAS KEPADA TAHFIZ YATIM DAN ASNAF

RM185 / 6.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

7 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

MARILAH MEMBANTU ANAK-ANAK TAHFIZ YATIM DAN ASNAF DENGAN INFAQ BERAS!


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak anda bersama-sama menyumbang untuk memberikan beras kepada pelajar di maahad kami di sini. Maahad kami mempunyai seramai 65 orang pelajar dan sebahagian daripada mereka adalah daripada keluarga asnaf dan yatim. Kempen ini bertujuan untuk membantu pihak maahad untuk menyediakan makanan yang mengcukupi untuk anak-anak tahfiz ini agar mereka dapat belajar dengan baik dan juga sempurna.



Keutamaan infaq beras ini mengajarkan kita betapa pentingnya berbahagi rezeki dengan sesama kita, terutama kepada mereka yang memerlukan makanan lebih-lebih lagi mereka yang sedang menuntut ilmu yang kekurangan bekalan makanan. Infaq beras salah satu bahagian bentuk kepedulian sosial kepada insan yang lain, serba kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan oleh sebab pihak maahad bermula dengan kempen infaq serendah RM10 untuk berinfaq.



Memberikan infaq beras tidak hanya membawa pahala, tetapi juga mengundang keberkatan hidup daripada Ilahi yang melimpah ruah. Dengan keberkatan ini akan terlihat dalam kehidupan seharian, seperti anugerah nikmat kesihatan yang baik diberikan oleh Allah SWT, kelancaran rezeki, dan kebahagiaan kecerian kepada ahli keluarga. Dengan memberikan infaq beras ini, kita bukan hanya memberikan makanan sahaja, tetapi juga menyebarkan tenaga positif yang mengalir ke seluruh aspek dalam kehidupan kita yang mana tanpa kita sedari kehidupan kita akan sentiasa di berkati dan dilimpahi Rahmat Allah SWT sang pencipta kita.



“Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyempitkan baginya, dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dia-lah jua sebaik-baik Pemberi Rezeki.””

(Surah Saba’, 34:39)



Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang didoakan dengan kebaikan oleh malaikat. Jadikanlah sumbangan infaq akhirat ini penuh bermakna. Semoga Allah selalu membimbing kita.


Sehubungan itu, pihak maahad kami berharap kepada penderma dapat menunaikan hajat dan impian kami dengan berinfaq RM10 untuk membantu mereka yang sedang bertunkus lumus dalam menuntut ilmu agama yang berkenaan kalam wahyu Allah, yang akan disimpan di dalam dada mereka. 


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 06, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Aug 05, 2024

Kempen Sumbangan Tamat