Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 31, 2023
RM375 / 7.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000
26 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt sy mewakili AJK Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah Ayer Hitam Kedah ingin memohon sumbangan infaq fisabilillah untuk menyediakan peralatan kantin tahfiz seperti kabinet dapur masak dan lain-lain peralatan untuk menyediakan juadah makanan seharian penuntut Maahad Tahfiz kami disini. Daripada Abdullah bin Amr bin al-As RA berkata:
“Seorang lelaki bertanya Rasulullah SAW: Islam manakah yang paling baik? Nabi SAW bersabda: “Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Islam menganjurkan amalan memberi makan membantu golongan yang memerlukan supaya memperolehi sifat keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt. supaya dengan dengan ada sifat taawun akan menghilangkan sifat kedekut dan menghilangkan sifat mazmumumah dalam diri. Maksudnya:
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.” (Surah al-Ma’un: 1-3)
Dalam menjelaskan ayat “وَلَا يَحُضُّ عَلَىٰ طَعَامِ الْمِسْكِينِ”, Imam al-Qurtubi berkata: Yakni seseorang itu tidak mahu berkongsi dan membenci orang lain yang berkongsi akan sesuatu rezeki. Ini disebabkan kebakhilannya dan pendustaannya terhadap balasan dan ganjaran di akhirat nanti. Pada asasnya, mereka yang dicela oleh ayat ini adalah orang-orang yang memiliki sifat kedekut dan tidak mahu berkongsi. Ayat ini tidaklah ditujukan kepada orang-orang yang tidak berkemampuan kerana mereka sememangnya tidak mampu. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 10/144)
Justeru, mudah-mudahan dengan melazimi amalan bersedekah memberi makan ini dan memudahkan urusan orang lain, sedikit sebanyak ia dapat menghakis sifat kedekut dan bakhil, sebaliknya digantikan dengan sifat suka memberi, saling mengasihi serta mendahulukan orang lain dalam berkongsi nikmat Allah yang dikurniakan.
Sehubungan dengan itu pihak Maahad Tahfiz berharap pihak tuan/puan dapat membantu menghulurkan sumbangan dana untuk menyediakan sebuah dapur masak yang dapat menyediakan makanan yang sempurna kepada anak-anak Asnaf disini antara peralatan yang diperlukan adalah dapur masak nasi,mesin pengisar,dapur masak ,periuk masak,kuali,senduk,sudipdan lain-lain lagi. Pihak maahad menyeru muslimin dan muslimat saling membantu atas semangat Ta'awun dan saling membantu atas jalan ketaqwaan ke jalan Allah SWT.
Allah sedang ‘membuka’ gedung pahala bagi yang mampu. Jika insan yang menanggung keadaan ini melihat ia sebagai satu “kepayahan dan kesusahan” tetapi dari satu sudut lain sebenarnya Allah sedang “membuka” gedung pahala bagi golongan yang berkemampuan melakukan ibadah sedekah. Sabda Rasulullah SAW:
“Sesunggunya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pila menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya.” (Hadis Riwayat Tabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
KHAIRUL EFFENDY BIN KHAIRUL ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 14, 2023
HAMBA ALLAH AAALLLAAAMMMIIIIINNNNN
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 11, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM15.00
Feb 08, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 07, 2023
MOHD YAKOP IKRAM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Feb 06, 2023