ILTIZAM RELIEF SOCIETY

Dimulakan pada Feb 07, 2023

RAYUAN INFAQ RAMADHAN 2023

RM3,937 / 39.37 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

204 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bersedekahlah untuk Ramadhan dari sekarang supaya golongan sasar akan mendapat bantuan dari awal Ramadhan dan mereka bersahur dan berbuka puasa dari hasil sedekah anda.


Awal lagi untuk Ramadhan, kenapa hendak infaq sekarang? Bacalah dulu!


Sejak tahun 2020, Ramadhan adalah agak mencabar bagi sebahagian rakyat negara kita. Pada tahun 2020 dan 2021, satu negara, malah satu dunia menghadapi tekanan disebabkan pandemik Covid-19. Kesannya hingga sekarang masih terasa bahangnya apabila inflasi mula menggigit ekonomi negara kita.



Tahun 2022 adalah tahun pemulihan, tiba-tiba meletus pula peperangan antara Rusia dan Ukraine menyebabkan harga minyak di pasaran melambung, begitu juga banyak barang asasi yang lain. Kini pada tahun 2023, kita perlu menghadapi inflasi dan suasana ekonomi yang tidak menentu. Barang asasi seperti telur ayam pun sukar diperolehi di pasar. Bagi orang miskin, khususnya yang tinggal di pedalaman dan pinggir bandar, mereka mungkin tidak faham apa itu inflasi tetapi mereka pasti faham harga barang semakin naik dan merekalah yang paling terkesan.



Bagi kita yang masih mampu, apakah kelainan yang hendak kita capai Ramadhan ini? Ramadhan adalah bulan Al-Quran dan bulan untuk bersedekah, bukan sekadar berpuasa tetapi madrasah melatih kita serba serbi.



Oleh itu, Pertubuhan Ceria Iltizam (Iltizam Relief Society) ingin mengajak anda supaya menghulurkan infaq Ramadhan anda sekarang kerana sumbangan anda ini akan kami sampaikan kepada penduduk miskin seboleh-bolehnya pada awal Ramadhan supaya mereka akan makan sahur dan berbuka puasa dengan makanan disumbangkan oleh anda dari awal Ramadhan. Antara tempat pedalaman yang ingin kami membantu tahun ini ialah:


1. Padang Terap dan Sik, di Kedah.

2. Beting Maro, Dearah Pusa, Sarawak.

3. Kampung Tanjung Kapur, Kampung Sebayan, Pulau Maridala and Pulau Logatton, di Kudat, Sabah.

4. Kampung Sumbiling Baru and Kampung Mentatap, di Keningau, Sabah.


Selain itu, kami juga akan menyantuni orang miskin di Selangor, khususnya yang amat terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.



Anda akan memberi makan untuk 5,000 orang!


Ya, itulah sasaran dan impian kami untuk Ramadhan tahun ini. Ramadhan adalah bulan kita muhasabah diri, tunjuk rasa belas kasihan dan memberi, juga masa untuk keluarga dan masyarakat Islam di seluruh dunia. Apakah erti Ramadhan jika kita tidak memberi kepada yang memerlukannya?


“Sedekah yang paling utama adalah sedekah di bulan Ramadhan” (HR Tirmizi)







Lakukan sekarang dan dapatkan ganjaran berganda di bulan Ramadhan. Jangan tunggu Ramadhan untuk bersedekah. Sedekah anda sekarang membolehkan kami menyampaikan sumbangan di awal Ramadhan. Hal ini supaya mereka makan sahur dan iftar dengan makanan kita untuk sebulan. Jom menyumbang sekarang!


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 21, 2023

MOHD RAHIM BIN JAAFAR

Menyumbang sebanyak RM20.00

Mar 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat