PERSATUAN PENDUDUK KAMPUNG RAJA HILIR

Dimulakan pada Feb 13, 2024

BERBAGI KURMA DAN KIT SOLAT RAMADAN KEPADA ASNAF

RM2,046 / 68.20 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

116 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom menyumbang untuk pemberian kurma dan kit solat kepada asnaf. Semoga pahala ini menjadi peneman di alam barzakh, dihitung sebagai amalan yang menyelamatkan kita di dunia dan akhirat.


Umat Islam akan menjalani puasa selama 30 hari tidak lama lagi. Kewajiban ini dituntut kepada semua umat tidak mengira status ekonomi seperti orang kaya dan orang miskin. Orang kota dan orang desa dan juga orang alim dan orang biasa.



Sesungguhnya tidak akan pernah sama puasa kita dan laparnya orang miskin. Kita berpuasa, menahan lapar tapi kita tahu ada makanan yang menanti untuk berbuka puasa. Tapi orang susah belum tentu dapat menikmati makanan berbuka lengkap seperti kita. Hakikatnya, kurma yang diagihkan sahaja yang menjadi menu utama setiap masa.



Fakir miskin, orang kurang upaya (OKU) dan golongan dhaif lain serba kekurangan sering diselubungi dengan kesusahan hidup sama ada ketiadaaan wang ringgit untuk membeli makanan dan minuman, di samping tidak mempunyai pakaian baharu mahupun kediaman tertentu.



Projek sempena Ramadhan ini akan difokuskan dengan pemberian kurma dan kit solat kepada mereka yang tak berkemampuan. Kit solat tersebut berupa telekung solat untuk wanita dan juga kain pelikat untuk lelaki. Ramai di luar sana yang mengharapkan telekung solat baru bagi menggantikan pakaian ibadah mereka yang sudah lusuh kerana mereka tidak mampu membeli yang baru atas faktor kemiskinan.



Kewangan mereka hanya mampu untuk makan dan minum harian mereka sahaja. Justeru, mereka yang sudah lama menyimpan hajat memakai telekung yang cantik dan selesa ketika solat akan sangat gembira menerima bantuan ini. Begitu juga dengan bantuan kain pelikat.



Alangkah indahnya jika Ramadhan kali ini menjentik naluri kita untuk merasai apa yang mereka rasa. Jika tidak mampu membantu secara keseluruhan, bantulah sekadar yang termampu. Islam mengajar kita berkongsi nikmat rezeki sesama insan lain. Dalam rezeki kita, ada bahagian orang lain yang perlu dibantu.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM30.00

Mar 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 13, 2024

Kempen Sumbangan Tamat