MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Feb 20, 2023

LOKER ASRAMA UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM115 / 1.22 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM9,400

10 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAYU BANTUAN LOKER ASRAMA UNTUK KEMUDAHAN PELAJAR TAHFIZ. SEMAKIN BERTAMBAH KESELESAAN PARA PELAJAR SEMAKIN BANYAK GANJARAN BESAR DIPEROLEHI BUAT PARA PENYUMBANG


Sedekah itu mampu menjadi penyejuk di alam kubur. Sesungguhnya banyak manfaat bersedekah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata walaupun pada zahirnya harta yang kita miliki berkurang, namun keberkatannya di sisi Allah tiada nilai bandingnya. Bayangkan di akhirat kelak kita dikejutkan dengan harta yang melimpah-ruah tanpa kita sedari asbab dari sedekah-sedekah kecil dan sumbangan yang dilakukan secara berterusan.



Sebagai tempat keperluan penyimpanan peribadi para pelajar, almari pakaian anak-anak tahfiz ini harus bersesuaian dengan mutu dan kegunaannya. Tempat dan fasiliti yang nyaman akan mempengaruhi tahap konsentrasi dan juga semangat belajar para pelajar, apalagi mereka yang kurang terbiasa pada kehidupan sederhana di maahad tahfiz.



Almari yang lama sudah uzur di asrama maahad tahfiz ini dan perlu diganti dengan loker baru yang berharga RM235 satu unit. Kami memerlukan sebanyak 40 loker yang dianggarkan dalam harga RM9400. Sehubungan itu, pihak maahad berbesar hati mengadakan kempen untuk sumbangan bagi pembelian loker asrama yang baru. Kepada muslimin dan muslimat yang dermawan dijemput membantu meringankan operasi tahfiz yang mempunyai 40 orang pelajar yang kebanyakkannya adalah anak yatim, asnaf dan golongan yang tidak mampu.



Fasiliti yang selesa di asrama memainkan peranan penting untuk para pelajar tahfiz. Justeru, pihak maahad berhasrat ingin menyediakan loker asrama jenis besi bagi kemudahan pelajar menyimpan baju dan alat kelengkapan seharian mereka. Ciri-ciri almari besi lebih tahan lama dan berkualiti berbanding almari kayu.



Akhir kata pihak maahad mengucapkan jazakumullahu khairan jaza atas sumbangan para dermawan. Semoga sumbangan dan bantuan anda semua Allah SWT akan melipatkan kali gandakan pahala. Dengan sumbangan yang anda berikan, sudah pastinya menjadi saham yang tiada nilai gantinya dan kekal mengalir sebagai pelengkapkan diri menuju ke akhirat kelak.


“Maka Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar Zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” (S. Al- Zalzalah:7)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat