Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM80,062 / 100.08 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000
2454 Penyumbang
Kempen Berjaya
Projek ini adalah impian lebih 200 orang muallaf untuk memiliki sebuah surau yang pertama di kampung mereka yang juga akan ada sebuah dewan kelas bimbingan. Sumbangan kita untuk surau ini akan mencerahkan harapan kita untuk dibina pula sebuah rumah di syurga untuk kita. Rasulullah S.A.W bersabda,
مَنْ بَنَى مَسْجِدًا لِلَّهِ كَمَفْحَصِ قَطَاةٍ أَوْ أَصْغَرَ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِى الْجَنَّةِ
“Siapa yang membangun masjid kerana Allah walaupun hanya selubang tempat burung bertelur atau lebih kecil, maka Allah bangunkan baginya (rumah) seperti itu pula di syurga.”
(HR Ibnu Majah no. 738, dengan sanad yang sahih)
Projek surau ini, di Kampung Sumbiling Baru, Keningau, Sabah, adalah dua fasa. Fasa 1 ialah pembinaan bangunan surau, termasuk kerja-kerja wiring. Fasa ini memerlukan RM100,000, setakat ini 70% kerja-kerja telah siap. Kami memerlukan dana sebanyak RM40,000 sahaja lagi. Fasa 2 pula ialah pembinaan bilik air, tempat berwuduk, pagar, dewan kelas bimbingan, bilik mandi jenazah dan lain-lain. Fasa 2 juga memerlukan dana sebanyak RM100,000. Kerja-kerja ini belum dimulakan.
Apabila siap kelak, surau ini akan bermanfaat untuk dua buah kampung, iaitu Kampung Sumbiling Baru dan Kampung Mentatap. Subanallah! Projek ini tidak boleh gagal kerana jika gagal maka akan melemahkan semangat para muallaf ini yang bersungguh-sungguh membina surau yang pertama di kampung mereka. Ini kali kedua kami merayu di sini kerana dana masih jauh dari cukup. Marilah kita rebut saham akhirat, saham pahala sedekah jariah.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Alhamdulillah, pembinaan tandas dan bilik wuduk surau berjalan, gambar sebelum ibadah Qurban.
Pembinaan tandas ini memerlukan suntikan dana kerana kos keseluruhan sebelum ini RM 34,000 tetapi harga barang binaan terus naik dan naik. Mungkin kos akan menjadi RM 40,000.
Oleh itu, kita perlu segera menyiapkan pembinaan ini untuk mengelakkan kos bertambah.
Ayuh tuan / puan yang dermawan, rebut pelung sedekah jariah.
𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐀𝐋 𝐅𝐀𝐋𝐀𝐇
(𝐊𝐆 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐈𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐑𝐔, 𝐊𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐀𝐔, 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇)
Didahului dengan alhamdulillah! Fasa 2 iaitu pembinaan tandas dan bilik wuduk berjalan lancar.
Semoga semua penyumbang untuk projek ini dirahmati Allah, diberikan rezeki yang melimpah dan diberikan anugerah sedekah jariah.
Kami masih memerlukan dana untuk menyiapkan Fasa 2. Projek baru 20% siap.
Untuk makluman, Fasa 1 alhamdulillah, 99% siap dan solat berjemaah dan solat Juma’at berjalan di surau ini.
Ayuh ambil peluang raih “saham wakaf”.
Surau ini juga telah mendapat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah untuk melaksanakan Solat Juma'at.
Oleh itu, penduduk Kg Sumbiling Baru dan Kg Mentatap yang majoritinya adalah muallaf tidak lagi perlu pergi jauh ke pekan untuk Solat Juma'at, dan tiada lagi alasan untuk tidak solat Juma'at.
Hanya Allah sahaja mampu memberikan ganjaran pahala jariah kepada anda yang telah dan terus menyokong pembinaan Surau ini di Keningau, Sabah.
Dana masih diperlukan untuk pembinaan bilik mandi jenazah, bilik kelas mengaji, pagar keliling surau dan lain-lain.
Ahamdulillah, kerja-kerja pembinaan tempat wuduk dan tandas berjalan lancar.
Mimbar yang telah ditempah juga telah sampai. Insya Allah akan dipasang serta ditinggikan.
Surau ini juga telah mendapat kebenaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah untuk melaksanakan
Pembinaan Fasa 2:
Alhamdulillah, kerja-kerja pembinaan tandas dan bilik wuduk telah bermula.
Terima kasih atas sokongan anda. Fasa 2 ini memerlukan sebanyak RM100,000 untuk menyiapkan tandas, bilik wuduk, bilik mandi jenazah, bilik kelas pengajian, pagar keliling surau dan lain-lain.
Teruskan infaq dan tambah saham akhirat berterusan.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jul 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 07, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Jul 07, 2023
NORAINI YAHYA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 07, 2023