MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Jul 31, 2023

SUMBANGAN UNTUK PEMBELIAN SEBUAH VAN BAGI PENGANGKUTAN PELAJAR TAHFIZ KE SOLAT JUMAAT

RM260 / 0.17 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM150,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

REBUT PELUANG BAGI MENGGUMPUL SAHAM AKHIRAT DENGAN MENYUMBANG KE TABUNG INFAQ PEMBELIAN SEBUAH VAN UNTUK PENGANGKUTAN PARA PELAJAR DI MAAHAD KAMI PERGI MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT.


Pihak Maahad Tahfiz Al Quran Nurul Hidayah dengan tulus merayu sumbangan ikhlas untuk membeli sebuah van yang akan digunakan untuk memudahkan pergerakan para pelajar kami pergi menunaikan solat Jumaat. Selain itu, van ini akan dimanfaatkan bagi pengangkutan para pelajar kami untuk menjalankan aktiviti keagamaan lain di luar maahad seperti solat jenazah, majlis bacaan yasin dan tahlil serta majlis ilmu di kawasan sekitar. Hari Jumaat memiliki kedudukan yang istimewa dalam agama Islam. Allah SWT berfirman dalam Al-Quran:


"Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (Surah Al-Jumu'ah: 9)



Oleh yang demikian, kehadiran van untuk membantu pergerakan para pelajar maahad di hari Jumaat dan aktiviti keagamaan lainnya adalah sebuah kebaikan yang sangat bernilai dan penuh keberkatan. Menolong mereka dalam menunaikan ibadah solat Jumaat akan menjadi asbab bagi kita untuk mendapatkan pahala dan keberkatan dari Allah SWT.




Pihak maahad berharap dengan adanya van itu kelak, para pelajar kami akan dapat mengatur perjalanan dengan lebih mudah dan lancar, serta dapat menghadiri aktiviti keagamaan di luar maahad dengan lebih teratur. Jazakumullahu khairan jaza atas perhatian dan keprihatinan para penyumbang. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan dan meredhai usaha kalian.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

JAMAL ARIEF BIN ABDUL MALEK

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat