PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

HAMBAALLAH

18 jam yang lepas

Semoga sumbangan ini dberkati Allah dn pahalanya utk kedua orgtua..ibu mertua dn arwah suami.. InsyaAllah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBAALLAH

18 jam yang lepas

Semoga sumbangan ini dberkati Allah dn pahalanya utk kedua orgtua..ibu mertua dn arwah suami.. InsyaAllah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Ya Allah maha pemgasih lg maha mengetahui.. limpahkan rahmatmu kpada hamba² mu yg memuliakn kebajikan ibu² dirumah kebajiakan ini.. sehat kn penghuni rmah kebajikan ini.. luaskan rezeki dn kesihatan yg baik.. jiwa yg tenang.. bahagiakn mereka disaat mereka melalui fasa kehidupan tampa keluarga disisi.. Aamminn ya Allah..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Semoga bermanfaat dan kita semua lindungan dan redha Allah...Aamiin.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Ya Allah mudahkan Afiq,Aisy,Ayuni,Aimi ank²ku syahada 30juz ayat suci Al Quran Ya Allah.jadikan ank²ku Hafiz Hafizah Alim Alimah, soleh solehah daie²ah buat dakwah seluruh alam hingga jannah Aamiin aamiin aamiin yra 🤲🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

18 jam yang lepas

Semoga Semua Panjang Umur, Diberi Kesihatan Yg Baik, Dimurahkan Rezki, Hidup Diberkati & Dipermudahkan Segala Urusan Oleh Allah Swt...🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: