Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jun 20, 2023
RM335 / 3.35 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000
17 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin mengajak muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah SWT untuk menghidupkan bulan mulia ini dengan berinfaq untuk iftar para pelajar tahfiz pada 9 hari awal Zulhijjah. Jika bulan Ramadan dikenali dengan kelebihan 10 malam terakhirnya, bulan Zulhijjah pula dikenali dengan kelebihan menggandakan amalan pada 10 hari awalnya. Salah satu amalan yang dapat dilakukan adalah puasa sunat bagi para pelajar di maahad kami.
Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari: “Sebab yang menjadikan istimewanya 10 hari (pertama) bulan Zulhijjah adalah kerana padanya terkumpul ibadat-ibadat besar (dalam Islam) seperti solat, puasa, sedekah dan haji, yang (semua) ini tidak terdapat pada hari-hari yang lain.”
Sebagai umat Islam, kita dianjurkan untuk terus mengumpul pahala sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke negeri akhirat. Salah satu ladang untuk mendapatkan pahala adalah dengan menunaikan puasa sunat. Menjelang 9 hari awal dalam bulan Zulhijjah ramai yang mengambil peluang untuk berpuasa kerana terdapat pelbagai kelebihan. Para pelajar di maahad kami juga turut teruja dan berkobar-kobar untuk menghidupkan amalan sunnah di bulan Zulhijjah dengan memperbanyakkan puasa sunat.
“Tidak ada hari yang mana amal soleh dilakukan padanya lebih dicintai oleh Allah daripada sepuluh hari ini (awal Zulhijjah).” Mereka berkata; Wahai Rasulullah! Tidak juga berjihad di jalan Allah? Baginda SAW berkata: “Tidak juga berjihad di jalan Allah melainkan seseorang itu keluar dengan jiwa dan hartanya kemudian dia tidak kembali (syahid) dengan membawa sesuatu pun.”
(HR Abu Daud)
Keistimewaan 10 hari pertama Zulhijjah tersangatlah besar dan hebat. Apa-apa amalan soleh yang dilaksanakan sangat istimewa dan dicintai Allah SWT serta akan dilipat gandakan pahalanya. Sebagai tanda syukur dan ingat kepada Allah SWT mari bersungguh-sungguh bersemangat meningkatkan ketaatan di bulan mulia ini dengan bantu infaq untuk tajaan berbuka puasa pelajar tahfiz asnaf di maahad kami. Lakukanlah amalan sedekah di bulan istimewa ini dengan ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Abu Hurairah (RA) meriwayatkan bahawa Rasulullah (ﷺ) bersabda, “Sedekah sama sekali tidak mengurangi kekayaan. Dan hamba yang mengampuni (orang lain), Allah menambahkan kehormatannya, dan orang yang merendah hati, Allah mengangkat kedudukannya.
Jom rebut peluang bersedekah dalam kempen yang lain untuk gandakan pahala. klik tajuk kempen untuk mula menderma
1. TABUNG INFAQ PEMBELIAN TANAH
2. TAJAAN IFTAR KEPADA PELAJAR TAHFIZ ASNAF
4. INFAQ AIDILADHA PENAPIS AIR MINUMAN
5. BANTU BINA RUANG ULANGKAJI DAN MENGAJI PELAJAR TAHFIZ
6. TABUNG INFAQ BERAS UNTUK PELAJAR TAHFIZ
7. BANTUAN BIL UTILITI KEPADA MAAHAD TAHFIZ
8. INFAQ DAGING KORBAN KEPADA PELJAR TAHFIZ
NATASYA MOHD NASIR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Jun 27, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 25, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 24, 2023