Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM77,351 / 96.69 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM80,000
2513 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Saad bin Ubadah RA bertanya kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sedekah apa yang paling utama?” Beliau menjawab, “Memberi air.” (HR Abu Daud).
Walaupun negara kita telah pun merdeka selama 65 tahun, terdapat tempat-tempat di pedalaman Malaysia yang tidak mempunyai sumber air bersih kecuali dengan menadah air hujan atau bergantung dengan air telaga. Di Sabah, banyak pulau-pulau kecil yang mempunyai penduduk hampir 100% beragama Islam. Selain dari keadaan yang dhaif dan miskin serta belum ada kemajuan, keperluan paling asas dan paling mendesak di pulau-pulau ini adalah air bersih.
Menyedari keperluan penduduk di pulau-pulau ini, Iltizam Relief telah memulakan projek telaga air di Sabah pada Mac 2022. Bermula dengan telaga air untuk Pulau Tanjung Manawali yang melibatkan 2 fasa. Projek ini telah pun siap sepenuhnya dan kini bermanfaat untuk masjid, penduduk kampung dan sebuah sekolah rendah di pulau ini.
Alhamdulillah, dengan sokongan para penderma termasuk kerjasama dari Sumbangan.com, kami telah menyiapkan 2 lagi projek telaga air iaitu di Kg Bayangan Laut (Pulau Banggi) dan di Kampung Inaruntung, Pitas. Namun, terdapat banyak lagi pulau-pulau yang memerlukan bantuan kita semua!
Kami bercadang terus menerajui anda berbakti di tanah air kita, khususnya di Sabah ini. Kami bercadang membina lebih banyak telaga-telaga air di pulau-pulau termiskin ini. Pulau-pulau ini terpencil. Contohnya, ada pulau yang mengambil masa 5 jam pelayaran untuk ke Kudat. Tanpa telaga air, mereka perlu bergantung harap dengan air hujan sahaja.
Apabila musim kemarau, mereka akan menghadapi krisis air lalu terpaksa membeli air botol untuk diminum dari tanah besar. Sabah dan pulau-pulaunya adalah kedaulatan negara kita Malaysia. Ada negara jiran cuba menuntut Sabah dari kita. Maka inilah masanya kita tunjuk pulau-pulau ini milik siapa! Kita wajib ambil peduli negeri Sabah!
Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada penduduk kampung, masjid/surau dan sekolah. Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air tetapi lengkap dengan menara tangki air dan pam air bermotor serta pagar di keliling telaga air untuk keselamatan.
Seperti disebut di atas, kampung-kampung yang akan dibina telaga air adalah di pulau-pulau terpencil di perairan Sabah. Maka ini memerlukan kapal kecil untuk mengangkut barang-barang binaan. Oleh itu, kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi. Usaha kecil kita ini akan membantu mereka supaya tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih.
Semoga setiap titis air telaga-telaga ini yang membasahi kerongkong mereka nanti diberikan ganjaran yang besar di syurga Allah swt. Ayuh para penderma, Sabah milik Malaysia. Jom bina telaga air di sana!
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
PEMBETULAN: TELAGA 11 DAN 12
Maaf ada kesilapan penomboran telaga. Di atas adalah projek telaga yang ke 11.
Di bawah pula adalah projek telaga ke 12. Sebelum ini kami melaporkan ini telaga ke 11. Sebenarnya ini yang ke 12.
Manfaat 2 telaga air ini di Pulau Nunuyan Laut ialah:
- Masjid
- Sekolah
- Dan penduduk kampung
JOM SERTAI TELAGA KE 13 - 16
Adakah anda ingin wakaf telaga air di bulan Ramadhan ini?
Tanpa air maka tiada kehidupan. Maka memberi air seperti memberi kehidupan, maka ganjaran sudah tentu amat besar. Ditambah pula bulan Ramadhan.
Banyak lagi telaga perlu dibina di pulau-pulau kecil dan terpencil di perairan Sabah.
Kami bukan hanya bina telaga air, tetapi sistem air yang mengandungi:
- telaga air
- ada menara tangki air
- ada pam air bermotor
- pagar di keliling telaga air untuk keselamatan
Kami juga baik pulih atau memasang paip untuk berwuduk di Masjid / Surau yang ada di pulau tersebut.
Jom wakaf / infaq untuk Telaga Air seterusnya di Sabah dan ambil keberkatan Ramadhan.
𝗣𝗥𝗢𝗝𝗘𝗞 𝗪𝗔𝗞𝗔𝗙 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗚𝗔 𝗔𝗜𝗥 𝗞𝗘 𝟭𝟭
Alhamdulillah, projek telaga air di Pulau Nunuyan Laut, Sandakan telah siap.
Manfaat telaga ini ialah kini masjid di pulau ini kini sentiasa ada air yang dipam dari telaga ke tangki air masjid. Telaga ini juga membekalkan air ke rumah-rumah di kampung ini.
Tanpa air maka tiada kehidupan. Banyak lagi telaga perlu dibina di pulau-pulau kecil dan terpencil di perairan Sabah.
Setiap telaga air kami di Sabah adalah yang dibina akan bermanfaat kepada:
- Penduduk kampung
- masjid / surau
- sekolah / tadika
Setiap telaga air kami bina juga bukan sekadar telaga air, tetapi
- telaga air
- ada menara tangki air
- ada pam air bermotor
- pagar di keliling telaga air untuk keselamatan
Lokasi kampung-kampung dibina telaga air juga di pedalaman atau pulau kecil di perairan Sabah, maka kos logistik adalah tinggi.
Sebab itu kos keseluruhan pembinaan telaga air di Sabah adalah tinggi tetapi amat berbaloi kerana wakaf air memberi kita ganjaran pahala berterusan selagi telaga ini terus bermanfaat.
Usaha kecil kita untuk membantu penduduk di sini supaya tidak lagi perlu bergantung kepada tadahan air hujan untuk bekalan air bersih.
Semoga Allah menggantikan sumbangan anda semua dengan yang lebih baik.
Jom wakaf / infaq untuk Telaga Air seterusnya di Sabah.
𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐆𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀
TELAGA AIR KE 7, SABAH, MALAYSIA
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Projek telaga air yang ke 6 telah disiapkan di Kampung Dogoton 2, Pulau Banggi, Sabah.
Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk surau dan beratus keluarga di kampung ini.
Banyak lagi telaga air akan dibina di pulau-pulau dan kampung-kampung terpencil di mana mereka hanya bergantung kepada air tadahan air hujan sahaja.
Projek telaga air di pulau-pulau ini agak mahal kosnya kerana perlu sewa kapal untuk mengangkut bahan binaan ke pulau-pulau tersebut dan upah juga mahal. Namun, ini satu “pelaburan akhirat” yang amat berbaloi, insya Allah, kerana pulau-pulau seperti ini hanya bergantung kepada air hujan atau air telaga untuk bekalan air bersih. Maka penduduk akan menikmati wakaf air bersih ini untuk jangka masa yang panjang, dan pahala terus mengalir untuk anda, insya Allah.
Oleh itu, ayuh kita menyumbang untuk telaga air di Sabah.
TELAGA AIR KE 6, SABAH, MALAYSIA
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah SWT.
Projek telaga air yang ke 6 telah disiapkan di Kampung Dogoton 1, Pulau Banggi, Sabah. Walaupun hari-hari hujan dan kedudukan kampung ini juga agak terpencil, projek ini dapat juga disiapkan dengan baik.
Insya Allah, telaga air ini bermanfaat untuk surau dan beratus keluarga di kampung ini.
Banyak lagi telaga air akan dibina di pulau-pulau dan kampung-kampung terpencil di mana mereka hanya bergantung kepada air tadahan air hujan sahaja.
Oleh itu, ayuh kita menyumbang untuk telaga air di Sabah.
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2022
KHAIRIL MUZZAMMIR BIN ABDULLAH SANI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Oct 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Oct 28, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Oct 28, 2022