Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 02, 2024
RM190 / 6.33 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualikum wbt. Saya mewakili Ahli Jawatankuasa Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah ingin memohon penyumbang sama-sama membantu anak-anak tahfiz dengan berifaq RM10. Ini untuk membantu mereka di sini mendapat bekalan makanan yang mencukupi seperti telur dan beras sebagai makanan harian kerana anak-anak terdiri daripada anak-anak yatim dan asnaf yang kurang berkemampuan.
Oleh itu, pihak maahad melancarkan kempen infaq dana bagi tujuan berikut agar pelajar-pelajar di sini mendapat bekalan makanan yang mencukupi supaya mereka dapat belajar dengan selesa dan menumpukan perhatian mereka untuk belajar dengan sempurna. Untuk makluman, mereka memerlukan sumber makanan yang bernutrisi dan berkhasiat untuk mendapat tubuh badan yang sihat, kuat dan mendapat keupayaan fizikal yang baik agar mereka menjadi seorang manusia yang boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dengan sempurna.
Mental seseorang bergantung kepada pemakanan yang diambil setiap hari, kekurangan zat makanan yang tertentu boleh mejadikan mental tidak cukup cerdas dan mudah letih. Ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir untuk menyelesaikan dengan lebih efektif.
Sehubungan dengan itu, pihak mahaad berharap dan menyeru penyumbang agar saling taa’wun untuk membantu anak-anak yatim dan asnaf di sini seramai 70 orang yang serba kekurangan untuk belajar dengan sempurna. Semoga mereka tidak ketinggalan untuk menuntut ilmu seperti pelajar-pelajar yang lain yang kurang berkemampuan.
Amalan sedekah merupakan amalan sunah dan amalan para sahabat yang mullia di sisi Allah SWT. Sedekah dapat membantu agama Allah SWT dari sudut pakaian makan minum dan kewangan kepada anak-anak asnaf dan juga anak yatim untuk membantu pengajian mereka dengan sempurna adalah merupakan tuntutan agama dan amalan salafusoleh kita.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM30.00
Jul 03, 2024
MUHAMAD HAFIZAN BIN HASHIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 03, 2024
NORZIMA BINTI KAMSAH
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jul 03, 2024
MUHAMMAD MUZHAFFAR BIN ID OSMERA
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 02, 2024