TUISYEN PERCUMA BAGI ANAK ANAK YANG KURANG BERKEMAMPUAN

RM105 / 3.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu golongan terjejas ini. Membantu dan meringankan beban mereka adalah amalan yang terpuji. Jom bantu!


Kos inflasi di negara kita semakin melonjak. Harga barang keperluan asas juga semakin meningkat seolah-olah tidak terkawal. Ini mewujudkan suasana resah dalam kalangan rakyat kerana kuasa beli rakyat semakin berkurangan. Rakyat terutamanya golongan asnaf terpaksa memikirkan belanjawan rumah tangga dengan memotong keperluan yang kurang perlu.



Kehilangan peratus pendapatan boleh guna akibat kenaikan harga asas mengakibatkan kehidupan terjejas. Antara yang terjejas adalah perbelanjaan untuk pendidikan. Pemotongan belanja pendidikan termasuklah mengurangkan belanja untuk tuisyen bagi membantu anak-anak ini lebih memahami ilmu.



Justeru itu, pihak Komuniti Ihsan terpanggil untuk membantu golongan-golongan terjejas ini. Membantu dan meringankan beban mereka dengan mencari dana untuk membolehkan anak-anak mereka dihantar untuk belajar tuisyen sama ada online mahupun fizikal.



Sasaran kami untuk membantu setiap bulan dengan kos RM30 seorang. Dengan bantuan ini, insya-Allah kita akan dapat menjadikan anak-anak kita manusia yang berilmu dan seterusnya membangunkan generasi kebanggaan kita.


"Boleh jadi engkau diberikan rezeki (oleh Allah) dengan sebab saudaramu itu." (Riwayat At Tirmidzi)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 09, 2024

NURHANUM MOHD HAMDAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 09, 2024

Kempen Sumbangan Tamat