YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Dec 06, 2021

INFAQ BANTUAN UNTUK ANAK YATIM TAHFIZ

RM4,265 / 101.55 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM4,200

177 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Bantuan ini demi manfaat Pelajar-Pelajar Tahfiz dari kalangan Anak-Anak Yatim.

Assalamualaikum W.B.T.

 

Infaq Bantuan Untuk Anak Yatim Tahfiz

 

Program Infaq Bantuan anjuran Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) ini mengkhususkan pemberian bantuan makanan & minuman serta keperluan asas harian untuk pelajar-pelajar Tahfiz dari kalangan Anak-Anak Yatim di sekitar Lembah Klang. Pihak YAMM dimaklumkan bahawa bantuan ini sangat diperlukan oleh mereka agar sesi pembelajaran qiraat dan hafazan Quran berjalan dengan lancar.

 

Oleh itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Bantuan ini demi manfaat Pelajar-Pelajar Tahfiz dari kalangan Anak-Anak Yatim ini dan semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.

 

Rasulullah SAW bersabda: “Orang-orang yang memelihara anak yatim di antara umat muslimin, memberikan mereka makan dan minum, pasti Allah memasukkannya ke dalam syurga, kecuali ia melakukan dosa yang tidak boleh diampuni.” (Riwayat al- Tirmidzi dari Ibnu Abbas).

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai kebajikan (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Sesuatu apa jua yang kamu dermakan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.” (Ali Imran: 92)

 

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

 

Terima Kasih.



Wassalam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 08, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Dec 08, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 07, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 07, 2021

Kempen Sumbangan Tamat