Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM1,932 / 32.20 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
79 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum W.B.T.
Infaq Jumaat Sedekah Makanan
Musibah bencana banjir serta pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini telah memberi pelbagai kesan terhadap kehidupan mereka yang terlibat. Menyedari akan kepayahan ini, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) melalui Infaq Jumaat minggu ini akan menyalurkan sedekah makanan berbentuk nasi bungkus ataupun makanan kering / asas kepada mereka yang memerlukan khususnya kepada mangsa banjir dan mereka yang dalam kesusahan.
Oleh itu, Yayasan Amal Maaruf Malaysia (YAMM) mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program Infaq Jumaat ini dengan memberi bantuan makanan kepada mereka yang memerlukan dan dalam kesusahan. Semoga sumbangan Tuan Puan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Nabi SAW juga ada bersabda: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim)
“Sesungguhnya orang terbaik di antara kalian adalah orang yang memberi makan.” (HR. Thabrani).
Seorang laki-lai bertanya kepada Nabi SAW, “Perbuatan apa yang terbaik di dalam Islam?” Nabi SAW menjawab, “Kamu memberi makan kepada orang lain.” (HR. Bukhari dan Muslim).
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah: 261)
Terima Kasih.
Wassalam.
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2021
M
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
Dec 24, 2021
MOHAMAD AZLI BIN RAZALI
Menyumbang sebanyak RM10.00
Dec 24, 2021
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Dec 24, 2021