YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Feb 28, 2023

BANTUAN IKHLAS BAGI GOLONGAN ASNAF DAN MISKIN

RM270 / 3.86 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM7,000

16 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama membantu meringankan beban hidup golongan asnaf dan miskin. Marilah kita bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Dugaan hidup di dunia ini begitu pelbagai, Allah SWT menguji manusia dengan pelbagai dugaan hidup. Ada yang diuji dengan kesakitan, ada yang diuji dengan kemiskinan dan ada yang diuji dengan kemewahan. Semuanya itu adalah ujian dari tuhan bagi menentukan siapakah yang terbaik amalannya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Mulk ayat 2 yang bermaksud:


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun.”



Sekiranya kita sedang menikmati kehidupan yang baik, jangan kita lupa kepada mereka yang sedang hidup dalam kesusahan. Bagi mereka yang sedang berhadapan dengan kesusahan dan kemiskinan, dan ada pula sebahagiannya diduga dengan hilangnya nikmat sihat, maka sudah tentu ia amat memeritkan.



Simpati terhadap golongan miskin dan susah ini, Yayasan Amal Maaruf Malaysia terpanggil untuk bantu meringankan beban hidup mereka dengan menyalurkan bantuan makanan asas kering seperti beras, minyak masak, tepung gandum, garam, gula, bihun, biskut dan sebagainya serta sedikit bantuan kewangan untuk mereka. Sasaran bantuan ini akan melibatkan 30 buah keluarga yang berada di sekitar Selangor dan Lembah Klang.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program sedekah ini demi manfaat golongan miskin dan mereka yang memerlukan. Semoga usaha kecil kita ini akan mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT.



Nabi SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.”

(HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Mar 01, 2023

JANNAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

ZAINUN HAMZAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 01, 2023

Kempen Sumbangan Tamat