Objektif kempen:
Mengumpul dana wakaf dan derma ikhlas bagi menyiapkan projek pembinaan tingkat 3 bangunan tahfiz Jamia Moin As-Sunnah, di Poonch, Jammu-Kashmir (Kashmir).
Apa itu Jamia Moin As-Sunnah (JMS)?

JMS ialah sebuah tahfiz yang mengasuh dan mendidik lebih 300 anak-anak miskin, termasuk anak-anak yatim. Walaupun tahfiz Al-Quran yang menghasilkan hafizul Quran, JMS juga memberi pendidikan akademik seperti matematik, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Umat Islam di Kashmir amat bergantung kepada institusi pengajian swasta seperti ini kerana Kashmir dipinggirkan dari arus pendidikan oleh kerajaan pusat.

Umat Islam Kashmir?
Kashmir ialah sebuah wilayah yang masih bergolak sejak diduduki oleh kerajaan India. Sejak tahun 1980an, umat Islam Kashmir bangkit menentang ‘penjajahan’ kerajaan India, kemuncaknya bermula pada tahun 1989 kerajaan India bertindak balas dengan mengempur aktivis pembebasan Kashmir dari cengkaman India. Hingga kini, konflik Kashmir berterusan dan mengorbankan ramai nyawa orang Islam.
Kajian dari tahun 1989, dianggarkan terdapat 250,000 kanak-kanak menjadi yatim dan 60,000 wanita menjadi balu akibat konflik ini.
Mengapa bina tingkat 3?
Bangunan tahfiz sedia ada ialah 2 tingkat, kini tidak lagi mampu menampung anak-anak miskin dan anak-anak yatim yang semakin ramai ini. Oleh itu terpaksa menambah satu lagi tingkat di atas bangunan yang sama. Tujuan dinaikkan di bangunan yang sama ialah tidak perlu membeli tanah baru, lalu mengurangkan kos.

Kenapa sumbangan wakaf diperlukan?
Projek pembinaan ini telah bermula sebelum pandemik, tiba-tiba pandemik ini datang maka terbengkalai projek ini, kos naik dan sumbangan merosot. Maka tiada pilihan melainkan merayu keprihatinan umat Islam tanpa mengira sempadan geografi. Projek ini masih bergerak tetapi bergantung kepada dana.

Ganjaran amal jariah
Membantu membina tahfiz merupakan amal jariah yang terbaik. Selagi tahfiz itu bermanfaat selagi itu pahala mengalir ke ‘akaun akhirat’ kita.
Di samping itu, kita juga akan mendapat ganjaran membantu anak-anak miskin mengaji dan menghafal Al-Quran, setiap huruf mereka hafal akan digandakan pahala 10 kali ganda, kita juga akan mendapat ganjaran tersebut.
Ketiga, kita juga akan membantu anak-anak yatim dan dengan izin Allah, dapat lagi ganjaran tambahan.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kedudukan aku dan orang yang menanggung anak yatim di syurga bagaikan ini” (Baginda merapatkan jari telunjuk dan jari tengahnya) (Bukhari, dalam Al-Adab Al-Mufrad, No. 135)
Sasaran kami ialah sekurang-kurangnya RM30,000 dan perlukannya segera supaya tingkat 3 ini dapat dinaikan sebelum tibanya musim sejuk dalam masa 2 bulan lagi.
Maka berwakaflah atau mendermalah seikhlas hati.

22/2/2022, alhamdulillah semalam kami mendapat laporan bahawa rakan kami di Kashmir telah membeli 7,000 batu bata lagi dengan hasil #Sumbangan rakyat Malaysia bagi pembinaan tingkat 3 tahfiz Jamia Moin As Sunnah yang menempatkan lebih 300 anak yatim dan asnaf.
Pembinaan kini sekitar 55% siap. Terima kasih atas #Sumbangan anda semua, hanya Allah mampu membalas jasa anda semua.

Alhamdulillah, kami mendapat laporan bahawa 4000 batu-bata telah dibeli untuk menyambung pembinaan Tahfiz Al-Quran ini di Kashmir. Pembinaan kini telah mencapai 60% siap namun disebabkan musim sejuk dan kekurangan dana, pembinaan terbantut selama 3 minggu.
Terima kasih rakyat Malaysia yang prihatin dan menyumbang untuk projek ini.
Namun, kami masih mencari dana untuk siapkan lagi 40% pembinaan.

Alhamdulillah, setelah kami hantar duit untuk membeli batu-bata dan bahan binaan lain, kerja-kerja pembinaan tingkat 3 Tahfiz ini berjalan lancar. Namun, salji dijangka turun tidak lama lagi mungkin akan terbantut sedikit jika salji terlalu tebal.
Terima kasih kepada anda yang telah menyumbang.
Pembinaan tahfiz ini masih kekurangan dana, jika ada rezeki lebih kita sumbangkan walau RM10 semoga menjadi saham untuk akhirat kita. Aamiin.

Pembelian batu-bata dan penghantaran untuk pembinaan Jamia Moin As-Sunnah, tahfiz di Kashmir. Terima kasih sumbangan anda, kerja pembinaan terhenti 2 minggu kerana tiada batu-bata. Kini boleh disambung semula namun pembelian ini cukup untuk lagi 10 hari sahaja. Teruskan menyumbang.

Gambar baru diterima, kami dimaklumkan rakan kami di sana bahawa kerja pembinaan dihentikan kerana tiada dana untuk membeli batu bata. Kami sedang usahakan menghantar duit minggu ini dengan sokongan anda supaya pembinaan yang baru mencapai kurang 40% ini boleh diteruskan. Teruskan menyumbang / wakaf tunai.

Alhamdulillah, pembinaan tingkat 3 banguanan tahfiz ini telah 40% siap. Walaupun 10 ringgit anda telah menderma / wakaf telah kami hantar ke Kashmir bagi membantu menyiapkan project ini yang akan bermanfaat untuk anak-anak yatim dan miskin di Kashmir. Anak-anak yatim khususnya semakin meningkat kerana ramai terkorban dalam konflik antara Kashmir dengan kerajaan India. Wakaf / infaq masih banyak diperlukan untuk menjayakan projek ini.
https://www.youtube.com/watch?v=jcaiaupyH0U&t=21s
Saksikan video berkenaan situasi di Kashmir, walaupun berkenaan Winter Aid namun sedikit info untuk anda mengapa kita yang seagama dengan mereka perlu membantu mereka.
Untuk makluman juga, hari ini insya Allah kami akan menghantar RM4,000 sebagai sumbangan awal untuk pembinaan tingkat 3 bangunan Tahfiz Jamia Moin As Sunnah di Kashmir.
Kami merayu kepada tuan-puan yang pemurah, hulurkan sedekah ikhlas anda secepat mungkin kerana musim sejuk sudah menjelma, tingkat 3 ini perlu segera dinaikkan bumbung sebelum salji.
Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa anda semua.
Saksikan video ini dan berwakaflah atau derma ikhlas untuk pembinaan tingkat 3 bangunan tahfiz ini. Paling tidak, doakanlah saudara kita di Kashmir yang sangat memerlukan perhatian kita.

Kamu baru terima gambar-gambar dan laporan bahawa bantuan makanan kepada 50 keluarga miskin di Poonch, Jammu-Kashmir telah dilaksanakan kepada orang-orang miskin tegar di sana.
Terima kasih atas sumbangan anda semua khususnya umat Islam Malaysia yang sayangkan saudara seagama mereka di Kashmir.
Jangan lupa menyumbang untuk projek wakaf tunai pembinaan tingkat 3 tahfiz Al-Quran di Kashmir walapun RM10.

Baru-baru ini Al-I'tisam dengan kerjasama rakan tempatan di Poonch, Jammu-Kashmir telah menyampaikan bantuan makanan kepada 50 orang miskin di sana. Alhamdulillah, orang Islam Kashmir ini amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang amat prihatin terhadap saudara seagama mereka tanpa mengira sempadan geografi.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

Hasrat kami untuk membantu pembinaan Tahfiz yang menempatkan lebih 300 anak yatim dan anak-anak miskin ini diharapkan juga mendapat sokongan anda semua.
Umat Islam di Kashmir ini mereka dipinggirkan oleh pemerintah parti ekstrimis Hindu yang mencabut kuasa autonomi mereka, jika pendidikan yang diusahakan sendiri juga tidak mampu mereka teruskan maka anak-anak generasi akan datang dikhuatiri lebih ramai yang buta huruf, paling malang tidak tahu mengaji Al-Quran.
Ayuh jom kita mencari amal jariah, pahala berterusan selagi tahfiz ini beroperasi.
Menyumbanglah walaupun harga sebiji bata!
Tiada Rujukan Terkini
Belum ada yang merujuk kempen ini