PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Mudah2an diikhlaskan hati dan menjadi asbab Allah redha

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALLAHYARHAM MUHAMMAD HUZAIRY BIN AKSAH

1 bulan yang lepas

Bismillahirrahmanirrahim Ya-Allah kau permudahkan segala urusan pusat jagaan ini serta limpahkan rahmat buat para penjaganya...infaq ini saya letakkan di atas nama arwah adik saya Muhammad huzairy bin aksah agar menjadi bekalan dan penyelamat die di akhirat serta diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman serta disurga mu... Insyaallah Aamin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga dipermudahkn segala urusanNya.doakn Sy semoga sht,dikurniakn rzki yg berpanjangan serta dilindungi Allah slu.Doakn juga buat arwah ibu Dan ayah Sy semoga ditempatkm dikalangan org2 yg beramal soleh&solehah Aaminn 🤲🤲

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

1 bulan yang lepas

Doakan saya sekeluarga diluaskan lagi rezeki, dikurniakan kesihatan yg berpanjangan dan diberikan kebaikan dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan keluarga saya menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Semoga Allah panjangkan usia dalam keberkatan dan diberikan kesihatan yang baik untuk anak2

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: