PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

SHAHILAH

1 bulan yang lepas

Robbana aatina fiddunya hasanah wafil akhiroti hasanah waqina azabannar

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan saya dpt lagi rezeki yg melimpah ruah, anak2 rajin bersolat serta menantu. Dan anak pertama dikurniakan anak yang soleh/solehah.Aamiin

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Ya Allah kurniakan diriku kemudahan & kebaikan di dunia & akhirat amin .

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MUHAMMAD IKHWAN MUSTAQIM BIN AINOL JAMAL

1 bulan yang lepas

Moga dgn asbab sedekah ini saya dapat memiliki rumah idaman utk jd tempat berteduh bersama anak2 dan isteri saya.. in syaa Allah.. Aaamiinn 🤲🏼

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 bulan yang lepas

Doakan Arwah Abdul Alim Sidique & Jahitha Beevi diampunkan dosa & disatukan di syurgaNya. Semoga Allah mudahkan urusan mereka di sana dan juga disatukan dengan anak2 kelak. Semoga Allah mudahkan urusan kita semua juga

2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

IROSNAH

1 bulan yang lepas

Semoga Allah rahmati dan jaga penjaga dan penghuni rumah perlindungan ni

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: